Assalamualaikum semua.
Blog Cik_ ha dah lama berhabuk sebab lama tak update dan buka blog.
Bermacam - macam hal dah berlaku dalam beberapa tahun ini, dari Cik Ha bujang sampailah sekarang.
Cuma sekarang Cik Ha macam ada kesedaran untuk tingkatkan diri Cik ha. Sampai bila kan nak dok di takuk yang sama ja kan. Dari masa ke masa Cik Ha berazam untuk tingkatkan diri Cik Ha jadi lebih baik dan dapat beri manfaat pada orang lain sama.
Mungkin tak seperti orang lain tapi Cik Ha cuba...
Terutama dalam dua tahun ni banyak yang berlaku pada Cik Ha. Sama macam proses kehidupan orang lain sambung belajar, bekerja, tukar kerja, kahwin, sambung lagi belajar, habis belajar dan bla... bla... bla...
TAPI ... TAPI.. macam capjari kita, tak da sorang pun yang sama begitu juga pengalaman, setiap orang tak akan ada yang punya pengalaman yang sama namun kita boleh ambil iktibar dari setiap apa yang kita dengar, lihat, dan juga baca untuk tingkatkan diri kita.
Setiap hari Cik_Ha cuba berubah menjadi yang terbaik untuk agama, keluarga dan juga kebahagiaan diri Cik Ha juga.
Sebelum - sebelum ini, Cik_ Ha kurang matang, banyak melalui emosi tetapi kurang tindakan. Yang jadi asbab untuk Cik Ha berubah adalah apabila Cik Ha kehilangan seseorang yang begitu rapat dan juga perkara - perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Okey la sampai sini je dulu layan jiwa kejap.
Entry - entry sebelum ini, ada yang Cik Ha padam sebab Cik Ha ada azam baru .
Insha Allah entry akan datang Cik Ha akan sebarkan manfaat.
Selamat menjamu mata.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Sekian.
Dunia Cik _Ha
Pelbagai perkongsian kepada para pembaca iaitu hasil pembacaan, masakan, dan buah fikiran tentang isu semasa dan juga pelbagai perkara yang mendatangkan manfaat. Selamat menjamu mata =).
Tuesday, 16 June 2020
Monday, 25 September 2017
Saturday, 29 June 2013
perasmian... =)
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, akhirnya blog khusus untuk pembuatan D.I.Y dihasilkan. Pembikinan blog ini adalah untuk melahirkan dan mencetuskan imaginasi dan kreativiti kearah yang lebih baik supaya kita dapat mengetahui tahap dan menggunakan bakat yang kita ada dengan sepenuhnya.
Blog ini juga dihasilkan untuk membincangkan pendapat dan memberi maklumat serta membuka minda masyarakat supaya memberi peluang kepada kanak -kanak dalam mencari dan mengetahui bakat, kemahuan dan kepintaran mereka disamping dapat memberi sepenuh sokongan kepada anak anak untuk kebaikan mereka kelak.
Moga blog δμπ1α κℝΣατ1f D.I.Yini dapat memberi dan membantu mereka dalam mencari idea untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
sekian =).

Subscribe to:
Posts (Atom)